Tuesday, June 29, 2010

KEM UNIT BERUNIFORM “SK TTDI JAYA SHAH ALAM"

KEM UNIT BERUNIFORM “SK TTDI JAYA SHAH ALAM"
23  JULAI - 25  JULAI  2010


 Pengenalan:

Generasi muda masa kini terutamanya golongan remaja sedang menghadapi berbagai-bagai  cabaran hidup, yang mana mereka kini terdedah kepada pengaruh positif dan negatif yang berlaku di persekitaran mereka. Pelbagai persoalan timbul, ke mana harus mereka pergi?Apa harus dilakukan? Ke mana halatuju mereka?  Dengan situasi masa depan yang tidak menentu ini.

Walau bagaimanapun remaja merupakan komponen sosial yang amat penting dan berharga dalam masyarakat, bangsa dan negara. Golongan remaja perlu dibimbing, disayangi dan diberi tunjuk ajar agar  apa yang diperolehi dijadikan bekalan kehidupan untuk mereka menjadi pemimpin masa hadapan yang mempunyai keperibadian luhur,berakhlak tinggi dan berperwatakan sahsiah diri kental.

Semoga dengan adanya program seperti ini, ianya akan dapat melahirkan golongan remaja yang bukan hanya boleh memimpin diri sendiri malah boleh memimpin rakan-rakan sebaya. Selain daripada itu, para peserta akan mendapat satu pengalaman baru dan lebih sayang kepada diri sendiri dan mengetahui bagaimana untuk menentukan halatuju kehidupan. 


Objektif:

2.1       Melahirkan golongan remaja yang bakal menghidupkan dan mewarnai  rutin kemasyarakatan dengan amalan-amalan yang mulia

2.2       Membina dan melahirkan golongan remaja yang sihat, cergas dan berdisiplin serta mempunyai cirri-ciri kepimpinan yang dinamik dengan konsep Patriotisme dan Jatidiri yang tinggi.

2.3       Melatih golongan remaja supaya menjadi masyarakat yang penyayang, bertanggungjawab dan bekerjasama agar dapat digunakan dalam membentuk ciri-ciri seorang pemimpin samada dalam keluarga, masyarakat ataupun negara.

2.4       Menanam semangat ingin memperbanyakkan melaksana amalan yang mulia tanpa menghadkan batasan masa

2.5       Menghargai penglibatan remaja dalam melaksanakan aktiviti kemasyarakatan, aktif dalam program rekreasi dan mempelbagaikan kemahiran.




 Tarikh:
           
23  JULAI - 25  JULAI  2010
           
 Tempat:

            KEM BANYU MANIS, BUKIT KERAYONG, KAPAR KLANG, SELANGOR

  Anjuran :

            KOKURIKULUM SK TTDI JAYA

   Kelolaan :

MOKAZ Resources


 Sasaran:

80 orang peserta (PELAJAR SKTTDI JAYA)
UNIT BERUNIFORM


TENTATIF PROGRAM



Hari Pertama

8.00 pagi          : Pendaftaran

9.00 pagi          : Berkumpul  di hadapan Sekolah Kebangsaan TTDI JAYA

10.00 pagi        : Majlis Perasmian Berlepas daripada Guru Besar sekolah
           
1.00 ptg           : Di jangka tiba di Tapak Kem Banyu Manis

1.15 ptg           : Khidmat Diri/Makan Tengahari/Solat Zohor Berjamaah
                          Taklimat Asas Perkhemahan

2.30 ptg           : Latihan Dalam Kumpulan 1 ( Ice Breaking)

4.30 ptg           : Minum Petang

5.15 ptg           : Riadah

6.30 ptg           : Persiapan diri /Makan Malam/Solat Maghrib & Isyak /Pengucapan Awam

8.30 mlm         : Latihan Dalam Kumpulan 2 (Night Tracking)

11.30 mlm       : Minum Malam

11.45 mlm       : Selamat Malam Malaysia


            Hari Kedua

5.30 pagi          : Khidmat Diri/Solat Subuh Berjamaah/Bacaan Mathurat

7.00 pagi          : Selamat Pagi Manis (Poco-poco)& Sarapan pagi

8.30 pagi          : Latihan Dalam Kumpulan 3 (Mendaki Bukit Kerayong)

4.00 ptg           : Tiba Di Tapak Perkhemahan

4.30 ptg           : Minum Petang/Solat Asar Berjemaah/ Rehat

5.15 ptg           : Latihan Dalam Kumpulan 4 (Persediaan Persembahan kebudayaan)


6.30 ptg           : Persiapan diri /Makan Malam/Solat Maghrib & Isyak /Pengucapan Awam

9.00 mlm         : Malam Seribu Kenangan (BBQ & Persembahan Kumpulan)

11.00 mlm       : Selamat Malam Bakaugruv

2.00 pagi          : Latihan Dalam Kumpulan 5 (Solo Drop)


            Hari Ketiga

5.30 pagi          : Khidmat Diri/Solat Subuh Berjamaah/Bacaan Mathurat

7.00 pagi          : Kendiri

8.30 pagi          : Majlis Penutup

9.00 pagi          : Kaji Selidik (PASCA) dan Penyampaian Hadiah

1.00 ptg           : Bertolak Pulang ke SK TTDI JAYA Shah Alam

4.30 ptg           : Di jangka tiba di SK TTDI JAYA

Thursday, June 24, 2010

Tentatif Kem Solat Bestari

SMK SEKSYEN 4 KOTA DAMANSARA
47810 PETALING JAYA, SELANGOR

 KEM SOLAT BESTARI
26-27 JUN 2010

26 JUN 2010 (SABTU)
8.00     pagi                 Pendaftaran peserta
8.30     pagi                 Taklimat program dan pembahagian kumpulan
9.00     pagi                 Ceramah 1 : “Kepentingan Solat dalam Islam dan
Peringatan  Kepada Yang Lalai
10.30   pagi                 Solat Sunat Dhuha dan Minum Pagi
11.00   pagi                 LDK 1: Taaruf dan Kenali Diri
12.00   tengah hari      LDK 2: Rukun dan Praktikal Wudhu’ dan Tayamum
1.00     petang             Rehat , makan dan solat Zohor berjamaah (1.19 ptg)
2.00     petang             LDK 3: Teori dan Praktikal Kesempurnaan Solat
(Rukun Qalbi, Qauli dan Fi’li)
3.00     petang             LDK 4 : Semakan Rukun Qauli dan Fi’li pelajar.
4.30     petang             Rehat dan solat Asar berjamaah (4.45 ptg)
5.30     petang             Riadhah (Jihad Race)
6.30     petang             Khidmat diri
7.00     malam              Makan malam dan Solat Maghrib berjamaah (7.28 mlm).     
8.00     malam              LDK 5: Azan, Iqamah dan Hafazan
                                    Solat Isyak berjamaah (8.44 malam)
9.30     malam              Ceramah II :  “Ganjaran kepada orang yang mengerjakan Solat 
11.00   malam              Rehat dan minum malam
11.30   malam              Muhasabah diri dan Tidur

27 JUN 2010 (AHAD)
4.30     pagi                 Qiamullail ( solat Tahajjud, Taubat, Hajat dan Witir )
                                    Solat Subuh berjemaah (5.43 pagi)
6.00     pagi                 Motivasi Pagi  :  “Allah Matlamat Kita”    
7.00     pagi                 Khidmat diri dan Sarapan Pagi
8.00     pagi                 LDK 6: Rumusan dan Penilaian
9.30     pagi                 Solat Sunat Dhuha dan Mengemas Surau
10.30   pagi                 Majlis Perasmian Penutupan dan bersurai     

Pakej perkhidmatan yang ditawarkan:

Pakej perkhidmatan yang ditawarkan:
Kem latihan dan Kepimpinan:
1.    Kem Jati Diri
2.    Kem Motivasi dan Kepimpinan
3.    Kem Pembimbing Rakan Sebaya
4.    Kem Kepimpinan Pengawas/ Pembantu Pusat Sumber
5.    Kem Masih Ada Yang Sayang (Pelajar Berisiko)
6.    Perkhemahan Badan Uniform
Kem Motivasi Ibadah
1.    Kem Anak Soleh
2.    Kem SMART Solat
Seminar menghadapi peperiksaan
1.    Kem Motivasi Menghadapi Peperiksaan
2.    Kem Kemahiran Belajar
3.    Seminar SKOR A!
4.    Seminar Sehari Persediaan Menghadapi Peperiksaan
5.    Seminar Sehari Teknik Menjawab Peperiksaan

Pakej yang ditawarkan meliputi:
Penginapan dan kemudahan:
1.    Lokasi tapak perkhemahan
2.    Kemudahan dan kelengkapan perkhemahan.
3.    System siaraya dan audio yang lengkap.
4.    Projektor, Laptop dan keperluan ceramah.
5.    Chalet / Dorm untuk guru pengiring.
6.    Kemudahan pengangkutan bas untuk peserta.
Keselamatan dan kebajikan:
1.    Insurans Sepanjang Program
2.    Peti Perubatan dan Pembantu Pertolongan Cemas yang berpengalaman.
Pengisian dan kandungan kursus:
1.    Penceramah yang bertauliah dan berpengalaman
2.    Fasilitator yang berpengalaman dan terlatih, terdiri daripada pelajar IPT dan Graduan IPT.
Lain-lain
1.    Khidmat rundingan pengurusan program
2.    T-shirt program untuk peserta dan guru pengiring
3.    Banner dan banting.
4.    Fail, sijil, tag nama dan laij-lain peralatan LDK dan program.

Lokasi cadangan
1.    Kem Camar Rimba, Bukit Cerakah.
2.    Kem Rimba Ria, Sungai Congkak.
3.    Kem Banyu Manis, Bukit Kerayong, Kapar.
4.    Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM), Sungai Buloh
5.    Institut Perhutanan Malaysia (FRIM), Lagong, Kepong.
6.    Dusun Eco Resort , Janda baik. Bentong
7.    Pusat Perlindungan Hidupan Liar (PERHILITAN), Kuala Selangor
8.    Masjid-masjid yang mempunyai kemudahan program.
9.    Tanah Rata, Cameron Highland
10.  Kem Perkampungan Latihan dan Kepimpinan Pulau Langkawi


Maklumat Perniagaan

Maklumat  Perniagaan
Nama Perniagaan:             Mokaz Resources
Alamat Perniagaan:           No 23 Jalan Puisi U1/27, TTDI Jaya
40000 Shah Alam, Selangor Malaysia.
Jenis Perniagaan:
            Membekalkan alatan pejabat , percetakan, komputer dan peralatan IT, pakaian dan alatan sukan, T-shirt, trofi dan cenderahati, banner dan bunting, latihan dan seminar, tenaga kerja dan membersihkan kawasan.
·         Komunikasi dan Teknologi Maklumat
-       Pengedaran dan pengagihan perisian
-       Perkhidmatan Pembangunan Perisian
-       Khidmat perundingan
·         Perkhidmatan Pengedaran dan  Penyelenggaraan
-       Menyediakan dan memperbaiki kelengkapan ICT
(komputer, projektor, monitor, speaker, UPS, notebooks dan printer).
-       menyediakan dan menyelenggarakan kelengkapan       pencetak(printer).
-       menyediakan peralatan printer untuk negeri Kelantan,  Terengganu dan juga Bank Agricultural .
·         Perkhidmatan menguruskan Latihan, perkemahan dan motivasi
-       skim latihan Graduan
-       latihan korporat (Coorporate Trainning)
(merangkumi kelas latihan di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad)
Lesen Perniagaan: SA0105873-X

PENGENALAN

PENDAHULUAN.

Mokaz Resources adalah sebuah syarikat yang beroperasi dalam mengedar dan  membekal perkakasan komputer, peralatan sukan, pakaiaan, unifom, kelengkapan pejabat, perkhidmatan penyenggaraan, juga perundingan korporat dan pengurusan acara.

Nama Perniagaan  :           Mokaz Resources Sdn Bhd
Alamat Perniagaan:           No 23 Jalan Puisi U1/27, TTDI Jaya
 40000 Shah Alam, Selangor.

No. Tel                       :           012-9634841 / 013-2269912


RINGKASAN EKSEKUTIF

Mokaz Resources adalah sebuah syarikat milikan penuh bumiputera dengan no pendaftaran SA0105873. Ia  telah beroperasi sejak 1 Disember 2008 di No 23 Jalan Puisi U1/27, TTDI Jaya, 40000 Shah Alam Selangor . Mohd Khairul Azlan Bin Sa’ari  iaitu selaku pemilik Mokaz Resources telah mempunyai pengalaman selama beberapa tahun dalam bidang perniagaan dan juga perundingan di sekitar Kuala Lumpur dan juga Selangor.
Mokaz Resources mempunyai dua orang pengarah urusan iaitu En. Mohd Khairul Azlan Sa’ari dan  Puan Anis Shamimi Mustapha@Rosli dibantu oleh lima orang pengurus yang bertanggungjawab dalam semua operasi Mokaz Resources yang melibatkan bahagian pemasaran, promosi, kewangan, sumber manusia dan juga logistik. Kesemua pengurus bahagian mempunyai pengalaman dalam bahagian masing-masing dan juga telah menjalani latihan yang secukupnya dalam setiap bahagian pengurusan. Ini telah membantu melancarkan proses pengurusan operasi Mokaz Resources yang sedang berkembang pesat pada hari ini.

            Sasaran pasaran Mokaz Resources adalah terdiri daripada kumpulan pengguna akhir, sektor kerajaan, sektor swasta, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, sekolah-sekolah dan juga pengedar kecil-kecilan. Termasuk dalam pelanggan potensi kami adalah pelanggan-pelanggan baru  yang memerlukan kelengkapan alatan pejabat dan juga komputer dan juga individu-individu yang memerlukan perkakasan komputer.

LATAR BELAKANG MOKAZ RESOURCES

Mokaz Resources adalah sebuah syarikat milikan penuh bumiputera dengan no pendaftaran SA0105873. Ia  telah memulakan operasinya  sejak 1 Disember 2008. Mokaz Resources menyediakan perkhidmatan membekalkan alatan pejabat , percetakan, komputer dan peralatan IT, pakaian dan alatan sukan, T-shirt, trofi dan cenderahati, banner dan bunting, latihan dan seminar, tenaga kerja dan membersihkan kawasan.