Tuesday, June 29, 2010

KEM UNIT BERUNIFORM “SK TTDI JAYA SHAH ALAM"

KEM UNIT BERUNIFORM “SK TTDI JAYA SHAH ALAM"
23  JULAI - 25  JULAI  2010


 Pengenalan:

Generasi muda masa kini terutamanya golongan remaja sedang menghadapi berbagai-bagai  cabaran hidup, yang mana mereka kini terdedah kepada pengaruh positif dan negatif yang berlaku di persekitaran mereka. Pelbagai persoalan timbul, ke mana harus mereka pergi?Apa harus dilakukan? Ke mana halatuju mereka?  Dengan situasi masa depan yang tidak menentu ini.

Walau bagaimanapun remaja merupakan komponen sosial yang amat penting dan berharga dalam masyarakat, bangsa dan negara. Golongan remaja perlu dibimbing, disayangi dan diberi tunjuk ajar agar  apa yang diperolehi dijadikan bekalan kehidupan untuk mereka menjadi pemimpin masa hadapan yang mempunyai keperibadian luhur,berakhlak tinggi dan berperwatakan sahsiah diri kental.

Semoga dengan adanya program seperti ini, ianya akan dapat melahirkan golongan remaja yang bukan hanya boleh memimpin diri sendiri malah boleh memimpin rakan-rakan sebaya. Selain daripada itu, para peserta akan mendapat satu pengalaman baru dan lebih sayang kepada diri sendiri dan mengetahui bagaimana untuk menentukan halatuju kehidupan. 


Objektif:

2.1       Melahirkan golongan remaja yang bakal menghidupkan dan mewarnai  rutin kemasyarakatan dengan amalan-amalan yang mulia

2.2       Membina dan melahirkan golongan remaja yang sihat, cergas dan berdisiplin serta mempunyai cirri-ciri kepimpinan yang dinamik dengan konsep Patriotisme dan Jatidiri yang tinggi.

2.3       Melatih golongan remaja supaya menjadi masyarakat yang penyayang, bertanggungjawab dan bekerjasama agar dapat digunakan dalam membentuk ciri-ciri seorang pemimpin samada dalam keluarga, masyarakat ataupun negara.

2.4       Menanam semangat ingin memperbanyakkan melaksana amalan yang mulia tanpa menghadkan batasan masa

2.5       Menghargai penglibatan remaja dalam melaksanakan aktiviti kemasyarakatan, aktif dalam program rekreasi dan mempelbagaikan kemahiran.




 Tarikh:
           
23  JULAI - 25  JULAI  2010
           
 Tempat:

            KEM BANYU MANIS, BUKIT KERAYONG, KAPAR KLANG, SELANGOR

  Anjuran :

            KOKURIKULUM SK TTDI JAYA

   Kelolaan :

MOKAZ Resources


 Sasaran:

80 orang peserta (PELAJAR SKTTDI JAYA)
UNIT BERUNIFORM


TENTATIF PROGRAM



Hari Pertama

8.00 pagi          : Pendaftaran

9.00 pagi          : Berkumpul  di hadapan Sekolah Kebangsaan TTDI JAYA

10.00 pagi        : Majlis Perasmian Berlepas daripada Guru Besar sekolah
           
1.00 ptg           : Di jangka tiba di Tapak Kem Banyu Manis

1.15 ptg           : Khidmat Diri/Makan Tengahari/Solat Zohor Berjamaah
                          Taklimat Asas Perkhemahan

2.30 ptg           : Latihan Dalam Kumpulan 1 ( Ice Breaking)

4.30 ptg           : Minum Petang

5.15 ptg           : Riadah

6.30 ptg           : Persiapan diri /Makan Malam/Solat Maghrib & Isyak /Pengucapan Awam

8.30 mlm         : Latihan Dalam Kumpulan 2 (Night Tracking)

11.30 mlm       : Minum Malam

11.45 mlm       : Selamat Malam Malaysia


            Hari Kedua

5.30 pagi          : Khidmat Diri/Solat Subuh Berjamaah/Bacaan Mathurat

7.00 pagi          : Selamat Pagi Manis (Poco-poco)& Sarapan pagi

8.30 pagi          : Latihan Dalam Kumpulan 3 (Mendaki Bukit Kerayong)

4.00 ptg           : Tiba Di Tapak Perkhemahan

4.30 ptg           : Minum Petang/Solat Asar Berjemaah/ Rehat

5.15 ptg           : Latihan Dalam Kumpulan 4 (Persediaan Persembahan kebudayaan)


6.30 ptg           : Persiapan diri /Makan Malam/Solat Maghrib & Isyak /Pengucapan Awam

9.00 mlm         : Malam Seribu Kenangan (BBQ & Persembahan Kumpulan)

11.00 mlm       : Selamat Malam Bakaugruv

2.00 pagi          : Latihan Dalam Kumpulan 5 (Solo Drop)


            Hari Ketiga

5.30 pagi          : Khidmat Diri/Solat Subuh Berjamaah/Bacaan Mathurat

7.00 pagi          : Kendiri

8.30 pagi          : Majlis Penutup

9.00 pagi          : Kaji Selidik (PASCA) dan Penyampaian Hadiah

1.00 ptg           : Bertolak Pulang ke SK TTDI JAYA Shah Alam

4.30 ptg           : Di jangka tiba di SK TTDI JAYA