Thursday, June 24, 2010

PENGENALAN

PENDAHULUAN.

Mokaz Resources adalah sebuah syarikat yang beroperasi dalam mengedar dan  membekal perkakasan komputer, peralatan sukan, pakaiaan, unifom, kelengkapan pejabat, perkhidmatan penyenggaraan, juga perundingan korporat dan pengurusan acara.

Nama Perniagaan  :           Mokaz Resources Sdn Bhd
Alamat Perniagaan:           No 23 Jalan Puisi U1/27, TTDI Jaya
 40000 Shah Alam, Selangor.

No. Tel                       :           012-9634841 / 013-2269912


RINGKASAN EKSEKUTIF

Mokaz Resources adalah sebuah syarikat milikan penuh bumiputera dengan no pendaftaran SA0105873. Ia  telah beroperasi sejak 1 Disember 2008 di No 23 Jalan Puisi U1/27, TTDI Jaya, 40000 Shah Alam Selangor . Mohd Khairul Azlan Bin Sa’ari  iaitu selaku pemilik Mokaz Resources telah mempunyai pengalaman selama beberapa tahun dalam bidang perniagaan dan juga perundingan di sekitar Kuala Lumpur dan juga Selangor.
Mokaz Resources mempunyai dua orang pengarah urusan iaitu En. Mohd Khairul Azlan Sa’ari dan  Puan Anis Shamimi Mustapha@Rosli dibantu oleh lima orang pengurus yang bertanggungjawab dalam semua operasi Mokaz Resources yang melibatkan bahagian pemasaran, promosi, kewangan, sumber manusia dan juga logistik. Kesemua pengurus bahagian mempunyai pengalaman dalam bahagian masing-masing dan juga telah menjalani latihan yang secukupnya dalam setiap bahagian pengurusan. Ini telah membantu melancarkan proses pengurusan operasi Mokaz Resources yang sedang berkembang pesat pada hari ini.

            Sasaran pasaran Mokaz Resources adalah terdiri daripada kumpulan pengguna akhir, sektor kerajaan, sektor swasta, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, sekolah-sekolah dan juga pengedar kecil-kecilan. Termasuk dalam pelanggan potensi kami adalah pelanggan-pelanggan baru  yang memerlukan kelengkapan alatan pejabat dan juga komputer dan juga individu-individu yang memerlukan perkakasan komputer.

LATAR BELAKANG MOKAZ RESOURCES

Mokaz Resources adalah sebuah syarikat milikan penuh bumiputera dengan no pendaftaran SA0105873. Ia  telah memulakan operasinya  sejak 1 Disember 2008. Mokaz Resources menyediakan perkhidmatan membekalkan alatan pejabat , percetakan, komputer dan peralatan IT, pakaian dan alatan sukan, T-shirt, trofi dan cenderahati, banner dan bunting, latihan dan seminar, tenaga kerja dan membersihkan kawasan.

No comments:

Post a Comment